Saturday 23 August 2008

Islam Liberal...Kita (mahasiswa timur tengah)di mana?

PUM gesa kerajaan bendung penularan Islam Liberal

23 Ogos (Hrkh) - Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Dato' Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir mencadangkan supaya kerajaan menguat kuasa fatwa mengenai Islam Liberal dilaksanakan.

Katanya, fatwa tersebut yang dicadangkan kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri agar menguatkuasakan keputusan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam persidangan kali ke-74 tahun 2006 lalu, bagi mengharamkan Islam Liberal.

"Kita cadangkan supaya fatwa itu dilaksanakan dan dikuat kuasakan," katanya kepada media di Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan yang dilangsungkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor, hari ini.

Menurutnya, pengaruh Islam Liberal di negara ini agak serius dan ia digerakkan pula oleh golongan terpelajar yang beragama Islam.

"Kalau mekanik sendiri yang menjadi pencuri susah sikit. Begitu juga jika orang itu tidak tahu Islam senang untuk kita tetapi mereka yang mahir dalam bidang ini (agama) sebab itu bahaya, kerana orang Islam sendiri yang menggerakkannya," katanya.

Sehubungan itu katanya, kefahaman Islam sebenar perlu diberikan kepada masyarakat agar pengaruh Islam Liberal ditangkis.

"Islam yang sebenar ialah memberi ruang sebanyaknya untuk mereka belajar dan memahami Islam dalam semua bidang. Itu yang menjadikan penyelesaiannya.

"Belajarlah secara serius untuk memahaminya dan ruangnya masih ada untuk dipertingkatkan," katanya.

Katanya, beliau juga bimbang dengan mereka yang menggunakan nama Islam contohnya untuk pertubuhan Islam sedangkan mereka tidak membela Islam.

Sumber; Harakah Daily.


Mari kita sama-sama fikirkan apa sumbangan dan tindakan yang sewajarnya untuk kita ambil apabila kita pulang ke tanahair yang tercinta nanti.

Seharusnya kita dapat elakkan diri dari tergolong dalam golongan tersebut dan dapat mendepani isu-isu seperti itu kerana kita telah mengetahui dan mempelajari tentang Islam yang sebenarnya.

Justeru itu, saya mengajak kepada semua teman-teman seperjuangan agar kita dapat berkerjasama dan berganding bahu dalam membersihkan tanahair kita dari sebarang pencemaran terhadap agama kita Islam yang Syumul itu.

Sekian Wallahu A'lamu Bis Sowab.

No comments: