Sunday 7 September 2008

Kenali Ulama' Kita

BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Sebagaimana yang diketahui, Darussyifa' telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan cara rawatan Islam kepada masyarakat umum di Malaysia. Sebagai anak murid, maka eloklah kita mengetahui latar belakang Tuan Guru semoga dengan itu lebihlah lagi kita sayang dan hormat kepadanya.

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.

Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.

Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.

Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

LATAR BELAKANG TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DALAM BIDANG PENGUBATAN ISLAM

Ayahanda Ustaz Haron Din berasal dari Patani dan menetap di Kampung Bohor Mali Perlis. Dia merupakan seorang perawat yang melibatkan diri dalam dunia perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Qur'an, hadith dan doa-doa. Daripada 10 orang adik beradik, hanya Ustaz Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang rawatan Islam ini, menyebabkan ayahandanya sering membawanya ketika merawat.

Pengalaman yang dilalui oleh orang tuanya ketika merawat sama ada di rumah atau dijemput merawat pesakit secara tidak langsung melibatkan diri Ustaz Haron Din dalam dunia perubatan walaupun umumya ketika itu masih terlalu muda lagi. Ayahanda beliau merupakan perawat yang disegani di kampung juga di kawasan sekitarnya. Sebagai tanda hormat, orang kampung mengelarnya Lebai Din.

Ustaz Haron Din amat mengkagumi kejayaan ayahnya merawat orang gila, dirasuk dan juga penyakit kronik yang lain. Kekaguman melihat kejayaan ayahnya telah melahirkan keinginan beliau untuk mengikuti jejak langkahnya. Setelah meningkat dewasa beliau memujuk ayahnya supaya menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ketika itu umur beliau baru dalam lingkungan belasan tahun dan masih menuntut di Sekolah Arab Alawiyah. Walaupun beliau sering rnengikut bapanya merawat pesakit tetapi ayahnya tidak begitu mudah menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ayahnya berpesan agar beliau mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Belaiu hanya diajar ilmu perubatan ketika berada pada akhir pengajlan sekolah menengah. Ilmu yang diajar hanyalah asas pengubatan sahaja.

Sebagai seorang murid, Ustaz Haron Din yakin tentang dirinya walaupun menyedari bahawa untuk mempelajari ilmu seumpama itu bukanlah mudah. Belaiu juga berkeyakinan bahawa beliau dapat memberi khidmat pertolongan dengan baik kepada mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, di samping belajar daripada ayahnya, beliau berazam untuk terus mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Selain bapanya, ahli keluarga beliau yang lain juga mahir dalam bidang perubatan Islam. Antaranya ialah bapa saudara beliau sendiri iaitu Ustaz Said bin Ali.

Keluarga Ustaz Haron Din memiliki banyak khazanah ilmu perubatan. Kunjung mengunjung antara keluarga di Perlis dan Patani terus berlaku dan mereka sering berbincang tentang kaedah dan petua perubatan. Beliau selalu mendampingi ayahnya dan secara tidak langsung ia memberi pendedahan kepada beliau tentang ilmu perubatan.

Ketika belajar di Mesir, Ustaz Haron Din tertarik dengan kaedah rawatan yang diguna oleh Dr. Kamal yang dikenali sebagai hypnotism. Setelah kembali ke tanah air beliau berpeluang belajar dengan seorang perawat dari Sarawak iaitu Tuan Haji Mursidi. Kaedah Haji Mursidi hampir sama dengan kaedah yang dimiliki oleh Dr. Kamal.

Selain belajar melalui kitab dan pengalaman, Ustaz Haron Din juga mendalami ilmunya daripada 'alim ulama yang menggunakan kaedah rawatan Islam. Di antaranya ialah al-marhum Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi seorang ulama' dari Malaysia yang menetap di Mesir. Pemergian Ustaz Haron Din kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor Falsafah (1971-74) telah memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa penerang hati. Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Selain itu beliau juga berguru dengan al-Syeikh Muhammad Bayumi, seorang yang 'alim dan sering berada dan mengajar di Masjid al-Azhar.

Ketika di Mesir pada awal 70-an, Ustaz Haron Din sempat berkenalan dengan Bapak Mokhtar Lintang. Pak Mokhtar adalah perawat yang menggunakan kaedah Islam. Kesempatan tersebut telah diguna oleh beliau untuk menimba ilmu perubatan seberapa banyak yang boleh .

Sekembalinya ke Malaysia, ketika tinggal di Taman Bangi Kajang, Ustaz Haron Din dikunjungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Leh. Beliau mengaku sebagal seorang perawat yang terkenal di Langkawi. Beliau telah mengajar beberapa kaedah rawatan kepada Ustaz Haron Din. Antaranya ilmu berkaitan dengan penyakit barah, ketumbuhan, kayap, demam panas, penyakit kulit dan sebagainya. Beliau telah tinggal bersama dengan Ustaz Haron Din beberapa ketika.

Perlis tempat kelahiran Ustaz Haron Din sememangnya mempunyai ramai orang yang arif tentang ilmu perubatan. Terdapat seorang perawat bemama Tok Omar yang banyak menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat al-Qur'an. Ustaz Haron Din telah berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan daripada beliau. Selain itu Ustaz Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir Abdullah. Beliau yang digelar dengan nama Tok Lang Kiang dintaranya telah mengajar Ustaz Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.

Perawat-perawat lain yang pernah mengajar Ustaz Haron Din alah Pak Andak Noh dan Haji Husin atau dikenali sebagai Tuk Chin. Pak Andak Noh telah menurunkan ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti besi, serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya. Ilmu yang diamalkan oleh Tuk Chin pula adalah ilmu yang dinamakan Laduni iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu.

Perubatan Islam adalah berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual. Penekanan yang menjadi keutamaan Ustaz Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan doa-doa yang berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah s.a.w. dan doa-doa' lain yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan.

RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Pendidikan

• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)

Kerjaya

• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik

• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS

Pilihan raya

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 , Ustaz Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Pencabarnya , Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 , Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%

Saturday 23 August 2008

Mari Kenali Golongan Muktazilah.(untuk renungan bersama)

Muktazilah adalah salah satu daripada mazhab pegangan akidah yang tidak selari dengan pendekatan ajaran baginda Rasulullah s.a.w., atau dengan lain perkataan, terkeluar dan menyimpang jauh daripada akidah 'Ahlus Sunnah Wa al-Jamaah'.

Golongan mazhab Muktazilah diertikan menurut bahasa, mengasingkan diri daripada jamaah sedia ada, dari sudut sejarahnya, berlaku pertembungan antara seorang murid bernama Wasil bin 'Ataa' dan Amru bin 'Ubaid yang mempertikai pendapat gurunya Abu Hasan al-'Asy'ari khususnya dalam isu berkenaan dengan orang Islam yang buat jahat di dunia, nanti di akhirat tidak masuk syurga dan tidak pula masuk neraka, dia berada di tengah-tengah.

Golongan Muktazilah seperti yang disepakati ulama Ahlus Sunnah, menyifatkan golongan ini tidak termasuk dalam kategori kumpulan yang benar kerana banyak pandangannya bercanggah dan menyalahi pendapat-pendapat 'Ahlus Sunnah'.

Antara Muktazilah dan Ahlus Sunnah

Apapun apabila kita merujuk kepada realiti kehidupan masyarakat umat Islam hari ini, bukan sahaja dalam negara kita, malah di negara-negara Arab sekalipun, kita akan dapati, sebahagian besar orang awam masih tidak dapat memahami konsep golongan disebutkan.

Sebagai contoh, ramai individu umat Islam hari ini yang memahami maksud 'Muktazilah' sebagai golongan yang mengasingkan diri daripada jamaah yang memperjuang kebenaran, yang pada asalnya adalah daripada satu kumpulan sama.

Tetapi pada masa sama, mereka juga terlibat dalam pengasingan diri kerana menjauhkan diri daripada jamaah masjid atau surau yang komited dengan pengajian ilmu-ilmu fardu ain dan aktiviti lain. Walaupun duduk berdekatan masjid atau surau, mereka hanya hadir pada acara-acara bermusim seperti sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj atau menghadiri solat kedua hari raya Aidilfitri dan Adha.

Tidakkah tindakan mereka sama seperti golongan 'Muktazilah' yang mengasing dan menjauhkan diri daripada masyarakat setempat?

Sedangkan ilmu-ilmu yang dibincangkan di masjid-masjid atau surau-surau memberi banyak faedah kepada umum, malahan ia boleh menjadi sandaran atau rujukan kepada golongan ibu dan bapa bagi meneruskan agenda tarbiyah yang pernah dicetuskan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Ia juga termasuk dalam konteks pengabaian untuk berjemaah di surau-surau pejabat yang juga menganjurkan kuliah-kuliah ilmiah bagi memantapkan kefahaman kakitangan pihak tertentu.

Pandangan sempit istilah Ahlus Sunnat wa al-Jumaat

Umat Islam hari ini juga dilihat begitu cetek terhadap istilah Ahlus Sunnah wa al-Jamaah, yang memberi maksud setiap daripada perkataan itu bahawa ahlu bermaksud mahir atau pakar, sunnah ialah rujukan kedua selepas al-Quran dan jamaah adalah satu himpunan manusia yang bersatu untuk menegakkan kebenaran Islam.

Kesimpulannya, mereka adalah pakar dalam selok-belok hadis-hadis Rasulullah dan tidak sekali meninggalkan jemaah, kerana mereka faham bahawa kekuatan Islam dan bantuan Allah hanya pada berjemaah.

Tetapi fenomena untuk memahami maksud istilah berkenaan, disempitkan oleh individu umat Islam lantaran ketidak-hadiran mereka mengikuti kuliah-kuliah agama. Ini akan melahirkan individu Muslim yang bertindak bukan mengikut disiplin ilmu-ilmu agama. Justeru tidak hairanlah jika mereka hanya mengutamakan istilah sunat, hingga seseorang yang belum sunat tidak layak mengetuai solat jemaah.

Kanak-kanak yang belum bersunat juga tidak dibenarkan untuk bersama dengan saf orang-orang dewasa, yang hanya dihalangi oleh perkataan belum sunat. Begitu juga dengan persoalan Jumaat, di mana orang Islam akan berpusu-pusu untuk ke masjid pada hari Jumaat untuk melaksanakan tuntutan solat Jumaat, yang peliknya mereka tidak bersungguh untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh para khatib.

Pun begitu, habis selesai solat pada hari Jumaat, mereka hanya menunggu giliran Jumaat berikutnya untuk sekali lagi menunaikan solat. Begitulah rutin hidup mereka dalam sebulan, tanpa mengambil kira kepentingan untuk menghadirkan diri ke masjid atau surau mendengar kuliah, ceramah atau forum agama, sedangkan pihak AJK masjid tidak sekalipun memaksa mereka untuk membayar kuliah yang disertainya.

Begitulah fenomena istilah Aslus Sunat wa al-Jumaat yang difahami umum pada hari ini, mereka jadi pakar dalam perkara-perkara sunat tidak pada perkara wajib atau keutamaan seperti solat berjemaah, pengajian ilmu fardu ain, memperkasa program dakwah masjid, surau serta pendekatan yang boleh diterima bukan Islam untuk berjinak dengan Islam, sebagai agama untuk semua bangsa manusia.

Pun begitu, umat Islam hari ini juga pakar dalam soal Jumaat, iaitu begitu sensitif jika tidak menunaikan solat Jumaat, tanpa merasakan solat-solat fardu yang lain juga sama penting kedudukannya dengan solat Jumaat.

Justeru, apa yang diharapkan daripada umat Islam seluruhnya, hadirkan dalam diri kesedaran terhadap agama, agar disusuli pula sikap ingin berubah dan kahirnya menemui noktah penting dalam diri masing-masing.

Peningkatan yang merupakan kemuncak daripada penghayatan ilmu-ilmu agama, iaitu peningkatan cara berfikir, bertindak, membuat keputusan selari dengan tuntutan agama, peningkatan dalam beramal ibadat, dan yang paling penting sekali ialah peningkatan menjadi hamba Allah yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan, itulah kaedah untuk mendekatkan diri hanya kepada Allah SWT.

Sumber ;Harakah daily.

Islam Liberal...Kita (mahasiswa timur tengah)di mana?

PUM gesa kerajaan bendung penularan Islam Liberal

23 Ogos (Hrkh) - Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Dato' Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir mencadangkan supaya kerajaan menguat kuasa fatwa mengenai Islam Liberal dilaksanakan.

Katanya, fatwa tersebut yang dicadangkan kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri agar menguatkuasakan keputusan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam persidangan kali ke-74 tahun 2006 lalu, bagi mengharamkan Islam Liberal.

"Kita cadangkan supaya fatwa itu dilaksanakan dan dikuat kuasakan," katanya kepada media di Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan yang dilangsungkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor, hari ini.

Menurutnya, pengaruh Islam Liberal di negara ini agak serius dan ia digerakkan pula oleh golongan terpelajar yang beragama Islam.

"Kalau mekanik sendiri yang menjadi pencuri susah sikit. Begitu juga jika orang itu tidak tahu Islam senang untuk kita tetapi mereka yang mahir dalam bidang ini (agama) sebab itu bahaya, kerana orang Islam sendiri yang menggerakkannya," katanya.

Sehubungan itu katanya, kefahaman Islam sebenar perlu diberikan kepada masyarakat agar pengaruh Islam Liberal ditangkis.

"Islam yang sebenar ialah memberi ruang sebanyaknya untuk mereka belajar dan memahami Islam dalam semua bidang. Itu yang menjadikan penyelesaiannya.

"Belajarlah secara serius untuk memahaminya dan ruangnya masih ada untuk dipertingkatkan," katanya.

Katanya, beliau juga bimbang dengan mereka yang menggunakan nama Islam contohnya untuk pertubuhan Islam sedangkan mereka tidak membela Islam.

Sumber; Harakah Daily.


Mari kita sama-sama fikirkan apa sumbangan dan tindakan yang sewajarnya untuk kita ambil apabila kita pulang ke tanahair yang tercinta nanti.

Seharusnya kita dapat elakkan diri dari tergolong dalam golongan tersebut dan dapat mendepani isu-isu seperti itu kerana kita telah mengetahui dan mempelajari tentang Islam yang sebenarnya.

Justeru itu, saya mengajak kepada semua teman-teman seperjuangan agar kita dapat berkerjasama dan berganding bahu dalam membersihkan tanahair kita dari sebarang pencemaran terhadap agama kita Islam yang Syumul itu.

Sekian Wallahu A'lamu Bis Sowab.

Monday 4 August 2008

Minggu Imtihan

Erm rasa penat bebeno fasal soifi kali ni,he..he..he..sebenarnya memang sapa-sapa pun akan penatnye bila menghadapi cuaca soifi ni yang panas tapi susah nak berpeluh, melainkan sapa-sapa yang ambik madah tilawah, time tasmi' xdapat tentu aje berpeluh.
erm tu belum madah-madah doktor lain yang sesetengah moody time soifi ni.
Nasib la teman xde ambik madah dengan Doktor yang moody time soifi macam ni.
Sabo jelah....
Minggu depan dah masuk minggu imtihan nihaie, apa pun belum mula lagi ni. Bahas pun ada yang tak siap lagi ni.........erm malas betul la time soifi kali ni.
Semoga Allah Taala memberi kekuatan padaku untuk meneruskan perjuangan time soifi ni.
Bit taufik Wan Najah Ya Fahmi..........

Monday 28 July 2008

Sudut Kenali Ulama'

"Saya bersedia mendengar apa sahaja masalah yang ingin diluahkan walaupun ia boleh menambahkan kesedihan saya sendiri asalkan orang yang datang berjumpa saya itu berasa lega"
(Prof Dr. Yusof al Qardhawi)

utk lihat gambar sila klik di sini

BIODATA


Prof Dr Yusof al Qardhawi, 73 tahun Dilahirkan di Mesir pada tahun 1926 hafadz alQur'an pada umur 9 tahun graduan alAzhar
dari peringkat rendah hingga PhD dan mendapat PhD (syari'ah) pada tahun 1973; Diiktiraf oleh alAzhar bahawa Dr Qardhawi
dan Dr Muhammad alGhazali adalah dua lulusan PhD terbaik utk abad ini...
Beliau juga adalah anggota dalam beberapa lembaga dan institusi ilmiah dan dakwah,
antaranya ialah Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islami di Makkatul
Mukarramah dan Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan dan juga
Markas Pusat Kajian Islam di Oxford dan begitu juga Ahli Majlis Amanah di Universiti
Islam Islamabad dan Organisasi Dakwah Islamiah di Khartoum, Ketua Jawatankuasa Perunding Syar'ie di beberapa bank Islam,
Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar dan Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan di Eropah.

Saturday 26 July 2008

Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam
Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS Pusat
Fri | Jul 25, 08 | 7:05:40 pm MYT

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.






Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

Unsur-unsur haram yang dapat dikesan

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1.�Unsur Gharar

Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2.�Riba

Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3.�Judi

Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.�

Beberapa jawapan kepada kekeliruan

Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1.�Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.

Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi�Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."

Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.

Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."

2.�Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.

Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa� ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3.�Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

Penutup dan kesimpulan

Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.- tajdid

Tuesday 22 July 2008

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
خيركم من تعلم القرأن وعلمه الناس... أو كما قال

ًًWardatulBaidho'

السلام عليكم
Kepada semua sahabat yang baru saja dapat tahu tentang blog ana ni,marilah cuba-cuba klik dan marilah sama-sama berkongsi ilmu yang Allah Taala kurniakan pada kita ini.
Ana amat mengalu-alukan perkongsian ilmu walau di mana kita berada dan walau dengan apa saja cara yang dibenarkan oleh agama kita.
"Selamat Datang, Ahlan Wa Sahlan, Wa Marhaban Bikum"