1 month ago
Sunday, 5 September 2010
Sunday, 22 August 2010
Sunday, 16 May 2010
Saturday, 6 March 2010
Wednesday, 3 March 2010
Gambar Terbaru Mu'taz Fahim
Muhammad Mu'taz Fahim Bin Muhammad Fahmi
Tanggal 12 Rabiulawwal 1431 bersamaan 26 Feb 2010 jam 11.53 pagi jumaat, telah lahirlah cahaya mataku yang kami semua menunggu dengan penuh debaran.
Muhammad Mu'taz Fahim nama diberi, setelah berada dalam kandungan mamanya selama 40 minggu(10 bulan)sama seperti yang diramalkan oleh doktor Tun di pusat rawatan Islam Arridzuan iaitu jangkamasa kelahiran Mu'taz adalah pada 25 Feb 10.Cuma Mu'taz lahir pada keesokan harinya,walaupun mamanya masuk wad pada jam 3.00 pagi jumaat tu.
Debaran terasa apabila jam 3 pagi,Mama Mu'taz telah kejutkan Baba kerana darah merah pekat telahpun keluar. Tanpa berlengah lagi, Baba pun terus bersiap utk ke hospital.teringat pagi tadi kata Dr raoofah masa pegi check rutin setiap pagi khamis dengan Dr Raoofah.beliau pesan kalau sakit ke turun darah ke lendir2 ke terus datang hospital.
Baba pun apalagi,terus sarung baju t shirt dan seluar track je dan capai kunci kereta yang memang dah standby dengan barang2 baby kt dalam bonet tu hidupkan enjin dan memecut mengahala ke hospital Arridzuan yang mengambil masa 20 minit dari taman meru.
Tiba2 mama kata lapar,cemane ye baba kate dalam hati...sebabnya baba n mama xde pengalaman tentang bersalin ni..kang tak sempat pulak sampai ke hospital.takpe,baba tawakal je bagitau mama yang baba akan cari 7E,baba pun cari sepanjang perjalanan ke hospital takde..terpaksa la belok ke bandar greentown, lalu depan restoran persanjung yang dulu jadi tempat baba dan kawan2 asrama kolej islam selalu lepak2 situ untuk makan2 n tengok bola la apalagi..baba berhenti dan beli roti gardenia perisa coklat sebab mama dia suka sangat perisa coklat tu.
Lepas tu baba terus je pecut ke hospital.sampai je kat hospital tu,baba tercari2 juga nak masuk ikut mana, sebab berkunci je semua pintu.mana taknya kol 3pagi.baba ketuk juga pintu depan tu,macam takde orang je..setelaha memberi salam 3 kali,barulah tersembul keluar pak guard langsung membuka pintu dan menyuruh baba pergi ke kaunter nurse sebelah dalam wad.lega rasanya apabila dah masuk ke dalam hospital.rasa panik sebentar tadi sudah beransur hilang.cuma menunggu keadaan mama yang terus diarah masuk kedalam bilik bersalin(labour room)...ok sampai sini dulu..nanti Mu'taz citer lagi ok
Subscribe to:
Posts (Atom)