Sunday 23 August 2009

Selawat Syifa'

صلوات شفأ

اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافيةالابدان وشائها ونور الابصار وضيائها وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

مقصودن:

يا الله كورنياكنله رحمة كأتس فعهولو كامي نبي محمد صلى الله عليه وسلم يغ موده-مودهن دافت مغوباتي هاتي دان منجادي فناورن دان موده-مودهن ممبري جهاي فغليهاتن دان مبينركنن دان جوك ليمفهكنله كبركاتن دان كسجهترأن كأتس كلواركان دان صحابة-صحابتن سكلين.

Maksudnya:

Ya ALLAH kurniakanlah rahmat keatas penghulu kami Nabi MUHAMMAD S.A.W yang mudah-mudahan dapat mengubati hati dan menjadi penawarnya dan mudah-mudahan memberi cahaya penglihatan dan menyinarkannya dan juga limpahkanlah keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekelian.

KELEBIHAN SELAWAT

· Para malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca selawat itu dan Allah S.W.T akan menurunkan rahmatnya.

· Mendapat 10 kebajikan daripada Allah S.W.T dan terhapus 10 kejahatan pada setiap selawat.

· Allah S.W.T akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya mereka yang berselawat 500 kali sehari. InsyaAllah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selamanya.

· Menjadi kekasih kepada kekasih Allah.

· Mereka yang mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Bacalah beberapa kali selawat Nabi, InsyaAllah akan mudah termakbul cita-citabyang baik dan benar.

· Mereka yang megamalkan banyak berselawat kepada Rasulullah, InsyaAllah akan mendapat rezeki yang berkat, terhalang dukacita dan terlindung dari bencana.

· Mendapat syafaat(pertolongan istimewa)di dunia dan akhirat serta memperolehi pahala seperti memerdekakan budak.

· Akan terkenal disisi malaikat akan makhluk ghaib serta dapat berdamping dengan Rasulullah S.A.W di akhirat kelak.

· Akan terlepas dari siksaan dan huru hara Qiamat.

· Mendapat jawapan selawat daripada Rasulullah S.A.W pada setiap kali berselawat.

· Menjauhkan kerugian,penyesalan dan digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

· Tidak tertulis nama bakhil bagi seseorang yang suka menjawab selawat.

· Allah S.W.T menerima amalan selawat Nabi tanpa syarat kerana ia memuliakan Rasulullah S.A.W.

· Majlis-majlis agama seperti baca Yasin, tahlil dan sebagainya dianggap menjadi tercemar apabila meninggalkan membaca selawat.

· Tidak sempurna majlis zikir tanpa disertai bacaan selawat.

· Mendapat berkat pada pekerjaan dan penghidupan orang yang mengamalkan membaca selawat.

· Allah S.W.T memuji orang yang membaca selawat itu dilangit dan di bumi.

Monday 10 August 2009


macam Dr Muhammad Surairah He3.....

Sunday 21 June 2009

SEMINAR ANTARABANGSA KETAMADUNAN ISLAM KALI KE-2

SEMINAR ANTARABANGSA KETAMADUNAN ISLAM,
DIALOG ANTARA AGAMA:
PEMANGKIN KEHARMONIAN BERAGAMA

2-3 DISEMBER 2009M BERSAMAAN 15-16 ZULHIJJAH 1430H

BERTEMPAT DI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN (KISDAR)
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

ANJURAN :
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN (KISDAR)
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.


Wednesday 17 June 2009

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan akan menganjurkan seminar[MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS '09)] PADA 13 JULAI, 2009 DI KOTA BHARU.

Pengenalan:

Ilmu Maqasid Al-Syariah adalah merupakan satu cabang ilmu yang masih belum difahami dengan jelas oleh masyarakat kita di Malaysia walaupun ia telah lama dibincangkan oleh para ulama' dalam kitab-kitab fiqh dan usul-fiqh mereka. Malah istilah Maqasid al-Syariah ini juga masih kurang diberi penekanan oleh ramai ahli cendikiawan Islam sendiri.

Pada hakikatnya, ia telah diaplikasikan dalam pelbagai sudut kehidupan terutamanya yang melibatkan hal ehwal kemasyarakatan, kewangan dan pentadbiran. Sebenarnya orang yang mengenali dan memahami Maqasid Al-Syariah akan terpegun melihat keindahan dan kesempurnaan agamanya, malah ia juga akan memperlihatkan kebenaran ayat al-Quran yang bermaksud: {Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan} [Al-Haj: 78]. Dan Firman Allah swt yang bermaksud: {Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.} [Al-Baqarah: 185].

Dalam menghadapi dan menyelesaikan persoalan- persoalan semasa juga tidak kira samada yang menyentuh aspek sosial, ekonomi, politik mahupun perundangan Islam secara menyeluruh, ilmu Maqasid Al-Syariah merupakan satu elemen penting yang mesti dihadamkan oleh para cendikiawan, ulama' mahupun hukkam.

Menyedari tentang ilmu Maqasid Al-Syariah ini serta isu-isu semasa yang berkait dengannya maka, Jabatan Syariah KIAS menganjurkan satu seminar peringkat kebangsaan yang akan mengupas dan memberi pendedahan tentang isu-isu tersebut dalam kerangka ilmu dan akademik.

SASARAN

• Pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan
• Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri
• Wakil Rakyat dan Ahli Politik
• Ahli-ahli Akademik IPTA dan IPTS
• Pengamal Undang-undang
• Pegawai Pejabat Agama/ Mufti/ Majlis
• Penggawa dan Penghulu
• Pegawai Dakwah/ Halaqat
• Pegawai Pendidikan
• Pelajar IPTA dan IPTS
• Ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
• Individu-individu yang berminat terhadap pentadbiran negara

TENTATIF PROGRAM

 
8.00 – 9.00 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 – 11.55 pagi

SESI PEMBENTANGAN PAGI
Moderator: Ustaz Mohd Azhar bin Abdullah

Kertas Kerja 1
Tajuk : Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara
Pembentang : Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Pensyarah Jabatan Al-Syariah
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Kertas Kerja 2

Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Kewangan dan Ekonomi Negara
Pembentang : Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Minum Pagi

Kertas Kerja 3
Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Masyarakat Majmuk di Malaysia
Pembentang : Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri
Universiti Malaya
Sesi soal jawab

11.55 pagi – 1 petang

MAJLIS PERASMIAN
11.55 pagi
Ketibaan YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar
12.00 tgh
Ucapan Pengacara Majlis
12.05 tgh
Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran al-Karim
12.15 tgh

Ucapan Alu-aluan Pengerusi Seminar
YBhg. Ustaz Hamidi bin Abdul Ghani

12.25 tgh
Ucaptama dan Perasmian
1.00 ptg
Makan Tengahari
Solat Zohor Berjemaah & Solat Hajat
Rehat
2.30 – 4.20 petang

SESI PEMBENTANGAN PETANG

Moderator : Ustaz Fadhli bin Shaari

Kertas Kerja 4
Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Perlembagaan dan Perundangan Negara
Pembentang: Prof. Dr. Abdul Aziz Bari
Pensyarah Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kertas Kerja 5

Tajuk : Maqasid Syariah Sebagai Dasar Membangun Bersama Islam: Satu Pengalaman Kerajaan Negeri Kelantan.
Pembentang : YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan
Sesi soal jawab

4.20 – 5.00 ptg

MAJLIS PENUTUP
4.20 ptg
Resolusi
4.30 ptg
Ucapan Ketua Eksekutif KIAS
YABrs Dr. Johari bin Mat
4.40 ptg
Ucapan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
YB Dato' Hj. Mohd Aiseri bin Hj. Alias
5.00 ptg
Minum petang dan Bersurai
________________________________________
PENYERTAAN

Yuran pendaftaran seperti berikut:

Individu: RM 80.00
Pelajar: RM 40.00

PENGINAPAN

Penginapan peserta di Hotel Grand Riverview boleh diuruskan oleh pihak penganjur dengan kadar harga yang berpatutan:
Deluxe Room (single) : RM 155.00
Deluxe Room (twin sharing): RM175.00
Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat KIAS. Borang fotostat juga diterima.
Borang yang diisi hendaklah dihantar bersama bayaran yuran.

PEMBAYARAN

Bayaran boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:
1. CEK atas nama PKPII, KIAS melalui akaun BIMB bernombor 03036010036772.
2. Wang pos / Money Order atas nama: SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS '09)
3. Bayaran secara TUNAI.
4. Cek / Slip Bank-in / Wang Pos atau Money Order hendaklah dihantar kepada:

SEKRETARIAT

SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS '09)

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),
KM 12, Jalan Kuala Krai, Nilam Puri, 15730, Kota Bharu, Kelantan.
[IPTS 07010-KP (JPS)5195/IPTS/1007]
(Cik Wan Raihan bt Wan Mohd Rani 013-9995703)
Pendaftaran dibuka SEKARANG sehingga 5 JULAI 2009 (Ahad)

SEBARANG PENYERTAAN DAN KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

PEJABAT KIAS : 609-7129386 / 87
FAX : 609-7126161
ATAU
Ustaz Hamidi Abdul Ghani
019-9438165 / 09- 7126161
Ustazah Nurul Akma bt Mohamed
013-9968751
Ustaz Zulqarnain bin Hassan
013- 5305369
Hj. Mohd Nor Anuar (Penginapan)
016-5490150
ATAU E-MAIL DI ALAMAT:
smskias09@gmail.com